Tips ini untuk yang sudah berumahtangga atau yang bakal berumahtangga.
Sekiranya anak anda berkelakuan kurang sedap mata memandang. Sebagai contoh, anak bersikap tidak nak dengar apa kita cakap, anak melawan cakap kita, berkelakuan buruk depan tetamu dan sebagainya.
Maka ingatlah, jangan kita cepat marah atau cepat hendak merotan mereka. Lebih baik kita renung ke dalam diri kita.
Renungkan bahawa akhlak atau kelakuan anak sebenarnya adalah menunjukkan akhlak dan kelakuan kita sebagai ibubapa. Maknanya, kalau akhlak kita teruk maka anak juga akan berakhlak teruk. Jadi, lebih baik kita "marah" dan "rotan" diri kita sendiri.
Mungkin juga, ini satu balasan dari tuhan, gara-gara kita sendiri pernah berakhlak dan berkelakuan buruk kepada ke dua orang tua kita sebelum ini.
Apabila kita bertenang dan fikir seperti ini, maka keinsafan akan timbul di dalam diri. Lantas, ini akan memperbaiki akhlak dan kelakuan kita. Sekaligus, anak tidak menjadi mangsa kegopohan kita itu.
Perhatian;
Kalau kita masih ada ibubapa, maka jumpalah mereka dan minta ampun maaf kepada semua akhlak dan kelakuan kita yang pernah atau mungkin melukakan hati mereka. Sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja.
No comments:
Post a Comment