13 March 2020

Wabak Pandemik


Lebih kurang 2 jam yang lalu, badan antarabangsa, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Coronavirus sebagai wabak pandemik. Pandemik diambil dari istilah Yunani. Pan bermaksud semua & Demos bermaksud orang.

Pandemik adalah peringkat wabak yang kritikal & paling berisiko ke atas semua orang. Bermaksud ia merupakan wabak yang tidak terkawal & merebak antara negara. Bahkan ia berpotensi tersebar ke serata dunia.

 Ingatan Nabi.
Baginda telah mengingatkan kita, antara gejala diambang berlakunya kiamat adalah kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak.
ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الغَنَمِ
"Kemudian berlakunya kematian besar-besaran yang membinasakan kamu semua seperti matinya kambing" - hr Bukhari.
Ibnu Faris menyatakan ia adalah penyakit yang menyerang dada hingga dirasakan seperti hingga mematahkan tulang leher. Adapun Qadhi Abu 'Iyadh menjelaskan ia adalah penyakit taun yang mematikan. Sementara Ibnu Athir berpandangan ia adalah penyakit yang mematikan ramai orang, berlaku di banyak tempat.
Nabi menggambarkan bencana wabak di ambang berlakunya kiamat, menyebabkan nyawa manusia ibarat seperti kambing. Statistik kematian yang kian bertambah, memperlihatkan nyawa manusia seakan-akan sudah kehilangan nilai.

 Taun: Pandemik.
Terdapat beberapa riwayat hadith Nabi yang mengingatkan penularan wabak taun sebagai sebahagian dari tanda hampirnya kiamat. Antaranya:
لم تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ في قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
"Tidak zahir dosa kekejian sesebuah kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan, melainkan akan merebak ke atas mereka penyakit taun & kebuluran. Ia sama sekali belum pernah menimpa generasi terdahulu dari mereka" - hr Ibnu Majah.
Dalam hadith ini Nabi memberi ancaman ke atas masyarakat yang bangga melakukan dosa secara terang-terangan. Mereka akan ditimpa bala berupa wabak penyakit & kesusahan hidup.
Perkataan 'taun' di dalam Bahasa Arab merujuk kepada apa-apa wabak penyakit yang merebak dengan pantas. Ia mengancam semua orang. Pantasnya ia merebak, hingga manusia tidak sempat berubat melainkan hanya mampu mengambil langkah kuarantin sebagai kaedah pencegahan.
Nabi turut mengingatkan bahawa wabak yang ditimpakan itu datang dengan versi-versi penyakit yang baharu. Ia belum pernah melanda generasi terdahulu.

 Bertaubat Di Waktu Cemas.
Sememangnya Allah datangkan ujian yang dahsyat agar manusia merasa cemas lalu insaf kembali kepada Allah. Bala merupakan desakan dari Allah untuk manusia segera bertaubat. Allah berfirman:
وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, maka dia berdoa kepada Kami dalam keadaan baring, duduk atau berdiri. Tetapi setelah Allah menghilangkan bahaya itu daripadanya, dia kembali (lalai) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami" - Yunus 12.

 Inisiatif.
Menyedari penularan wabak COVID-19 yang telah dikategorikan sebagai pandemik, kita perlu mematuhi segala arahan pencegahan dari pihak berwajib. Apa yang kita harapkan, kerajaan peka di tahap tertinggi dengan perkembangan ini.
Nabi telah mengemukakan kaedah kuarantin ketika menangani wabak berjangkit . Baginda bersabda:
إذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأرْضٍ، فلاَ تَقْدمُوا عَلَيْهِ، وإذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلا تخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
"Apabila kamu mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) di suatu tempat, maka janganlah masuk ke dalamnya. Dan apabila kamu telah pun berada di tempat tersebut, janganlah keluar darinya" - hr Bukhari & Muslim.
Wabak berjangkit mudah merebak di tempat-tempat berkumpulnya manusia, termasuklah masjid. Perbanyakkanlah doa agar Allah merahmati kita & segera mengangkat bala ini.

Abdul Mu'izz Muhammad
12 Mac 2020.

#Tracubo  #SabriIbrahimZKM  

04 March 2020

Peptic Ulser

Kembara Masjid Pengkalan Hulu Perak

Ujian keimanan semasa Dajjal muncul


DAHSYATNYA

ujian keimanan semasa Dajjal muncul
planet bumi kering kontang
tak ada air
tak ada makanan.

Tapi zaman 2020
semuanya ada
tetapi bila diuji dengan DUIT
maka manusia
sanggup pecah amanah.

#tracubo fikir dan tulis pendapat awak