Apabila kita mengalami sesuatu yang buntu, yang tidak ditemui jalan penyelesaian maka marilah kita mengambil wuduk, mengerjakan solat hajat dan berdoa, mengadulah kepada Allah swt.
Yakinlah, Allah swt itu amat Maha Mendengar. Bahkan yakinlah kerahmatan Allah swt itu amat luas dan Allah swt itu Maha Pemurah.
Mungkin kebuntuan yang sedang kita alami itu adalah satu sebab untuk kita lebih hebat. Kerana pengalaman pahit adalah guru yang hebat.
No comments:
Post a Comment