21 September 2011

Masa banyak terluang untuk ? Dikemaskini: 12 Okt 2011.

Saya dapati mulai masa sekarang dari 19 September 2011 sehingga (------------) [tarikh masa sibuk dan sempit akan saya masukkan apabila tiba masanya], adalah banyak masa terluang maka terfikir di dalam fikiran saya bahawa masa yang banyak terluang ini, saya boleh gunakan untuk

5) membaca hadis, menelitinya, dan mengamalkannya.

4) menghafal ayat-ayat Al Quran.

3) membaca Al Quran, mempelajari, meneliti, menghayati, memahami dan mempraktikkan isi kandungannya.

2) tidak melayari internet tidak tentu hala. Tetapi kalau melayari internet untuk mendapatkan ilmu pengetahuan maka  dikira ibadah.

1) tidak melayan facebook yang tiada faedah seperti membuat catatan, komen, mengumpat dan apa-apa yang kosong tanpa pengajaran. Tetapi kalau menggunakan facebook untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu pengetahuan, pengajaran yang baik maka ia dikira ibadah.


Bersambung..... Saya akan teruskan lagi menulis di artikel ini apabila datang idea yang baru. Jadi, sila ikuti...

2 comments:

  1. Semoga Allah swt memberi kekuatan rohani dan jasmani untuk mengamalkannya. AMIN.

    ReplyDelete