17 September 2011

Lihat kubur - ingatkan dekat masa mati


Apabila kita lihat kubur maka ingatlah umur atau masa untuk kita bernafas di bumi ini semakin sedikit. Maknanya kita semakin dekat dengan tarikh atau masa mati. Bila kita ingat begini maka fikir pula kepada persiapan kita untuk berada di alam barzakh. Penentuan sama ada kita di balas dengan seksa atau dibalas dengan bahgia di alam kubur adalah ditentukan dengan mutu dan kuantiti kepatuhan perintah Allah swt semasa kita  hidup bernafas dialam dunia.

Kalau banyak kita tidak ikut perintah Allah swt maka pada adatnya kita akan kena seksa. Kalau banyak kita ikut dan patuh kepada perintah Allah swt maka adatnya kita akan bahgia.

Ya Allah, berikanlah kepada saya dan seluruh keturunan saya kekuatan untuk menunaikan semua perintah Engkau.
AMIN. AMIN. AMIN.

Nota : 
Foto Tanah Perkuburan Islam Kg Telipot Pasir Puteh Kelantan ini, saya rakamkan semasa saya ziarah tanah perkuburan ini  pada hari raya puasa baru-baru ini (2 Syawal 1431H=31 Ogos 2011M).

2 comments:

  1. ya Allah Engkau kasihilah kedua org tua aku.. sebagaimana mereka mengasihani diri ku dan Engkau bebakanlah kedua Orang tua aku dari seksa kubur dan api neraka..
    Amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah swt memperkenankan doa saudara Zul Fattah. AMIN.

    ReplyDelete