1. Semua manusia yang sihat akal, menginginkan sebuah rumah. Kita berusaha dengan wang ringgit, tenaga dan masa untuk berusaha mendapatkan paling kurang sebuah rumah sebagai tempat berteduh dari panas, hujan, sejuk dan sebagainya. Manakala rumah pula mempunyai pelbagai bentuk, saiz, rekabentuk dan warna.
2. Namun hakikatnya, semua rumah yang kita berpenat lelah untuk membina itu akan kita tinggalkan. Walaupun, indah dan selesa tinggal di dalamnya. Akhirnya, kita akan mendiami rumah yang tidak indah dan tidak selesa. Bahkan sempit, gelap gelita dan tinggal keseorangan.
3. Siapakah teman kita di dalam rumah itu ? Jawapnya, amal yang kita lakukan masa hidup di dalam rumah sebelum rumah ini. Kalau amalan baik maka teman kita dalam rumah sempit adalah baik. Kalau amalan buruk maka teman kita dalam rumah sempit ini adalah buruk.
4. Ya Allah. Golongan aku, isteri ku, anak-anak ku, ibu bapa ku, datuk nenek ku dan seluruh keturunan ku ke dalam golongan orang yang mendapat kebahgiaan di dalam rumah yang sempit dan gelap ini.
AMIN. AMIN. AMIN.
No comments:
Post a Comment