Aku tahu. Semua yang hidup semua sudah tahu. Bahwa semua akan mati. Tidak ada yang hidup kekal di atas muka bumi ini.
Aku tahu. Tetapi tidak semua yang hidup tahu bahawa ada kehidupan yang kekal abadi selepas mati.
Bercakap atas diri sendiri. Bahawa aku akan mati dan akan tidak mati selepas berada di alam kubur dan di alam akhirat.
Alam kubur adalah tempat penerimaan awal atau tempat awal untuk aku merasai nikmat atau seksa. Kalau di alam kubur aku sudah merasai seksa, makna di alam akhirat lagi teruk seksanya. Kalau di alam kubur aku sudah merasai nikmat sedap maknanya di alam akhirat lagi sedap dengan lebih banyak nikmat.
Semua sedap atau seksa itu, aku yang tentukan semasa aku diberi peluang untuk berusaha semasa hidup di dunia ini.
Peluang itu ialah selagi aku hidup ini. Kalau sudah mati (masuk kubur) maka peluangnya sudah tamat.
Berpenat semasa mengamalkan perkara baik semasa hidup, tetapi nikmatnya dirasai di alam kubur nanti.
Ingat ! Di alam aku tinggal keseorangan. Kawan aku cuma amal. Sama ada kawan jahat atau kawan baik. Semua jenis kategori kawan ini, akau yang tentukan semasa hidup di dunia ini.
Jadi, masa aku itu adalah peluang untuk aku.
No comments:
Post a Comment