22 March 2017

Siri 08 : Teknik Beriklan Guna Katalog.

Jika anda ke pasar raya, anda mungkin pernah dapat atau ambil katalog yang diletakkan di satu sudut di depan pintu masuk pasar raya tersebut, betul? Cuba anda fikir, kenapa anda ambil katalog tersebut? Tentu ada sebabnya kan?

Katalog ada banyak jenis. Jika anda berada di pasar raya, katalog yang anda dapat adalah promosi atau potongan harga barangan pasar raya tersebut. Sekiranya anda pengguna atau agen sesuatu produk, katalognya berbentuk promosi harga dan tawaran produk baru yang di pasarkan.

Biasanya peniaga buat promosi gunakan katalog apabila mereka ada banyak produk untuk diwar-warkan pada pengguna. Anda mungkin kurang terdedah dengan promosi cara ini.

Walau bagaimanapun, kami akan kongsikan 5 tips pemasaran melalui katalog untuk perkongsian.

1. Kuasa 1st Impression.

Katalog mewakili diri anda. Di dalam bisnes, anda mesti mahukan perhatian supaya semua pelanggan sedar dengan kewujudan produk anda, bukan?
Gunakan ruang dalam katalog dengan reka bentuk yang ada daya tarikan yang “WOW”. Saiz font jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Katalog anda tidak memerlukan ayat yang panjang, cukup dengan maklumat penting dan paparan imej yang jelas.
Pemilihan warna perlulah up to date kerana warna yang tidak menarik akan menjejaskan daya penarik katalog anda
.
2. Kuasa dan pengaruh testimoni.

Ianya adalah paparan bukti hasil penggunaan barangan anda oleh pelanggan yang dipilih oleh anda.
Sediakan sekurang-kurangnya tiga respon positif pelanggan yang telah menggunakan produk anda kerana ia dapat menaikkan rating produk anda khususnya dalam kalangan pelanggan baru.
Anda boleh menggunakan selebriti atau mana-mana individu yang berpengaruh seperti bloggers untuk dijadikan testimoni di dalam katalog anda.

3. Promosi bonus dan diskaun.

Paparkan promosi bonus & diskaun istimewa di dalam katalog anda. Selalunya, untuk menerbitkan sesebuah katalog yang baru, terdapat promosi baru bagi sesebuah jualan yang dijalankan.
Gunakan teknik ini bagi meraih perhatian pelanggan kerana mereka lebih tertarik dengan istilah seperti DISKAUN, BONUS DAN PROMOSI HEBAT yang membantu meletupkan jualan produk anda.

4. Kuasa borang tempahan.

Jika anda meletakkan borang tempahan di dalam katalog anda, ia akan meluaskan wilayah bisnes anda bergantung kepada lokasi edaran katalog.
Jika jauh katalog anda diedarkan, ia dapat memberi manfaat kepada pelanggan yang inginkan produk yang ditawarkan di dalam katalog walaupun lokasi bisnes anda jauh.
Dengan cara ini juga, ia secara tidak langsung mempromosikan bisnes anda ke wilayah pasaran yang baru.

5. Memberi ganjaran istimewa.

Tidak seperti kaedah promosi bonus dan diskaun, cara ini adalah untuk pelanggan anda yang melakukan pembelian dengan serta-merta.
Berikan ganjaran istimewa seperti potongan 80% bagi 100 pembeli terawal yang ingin mendapatkan produk anda atau anda berikan saja caj penghantaran produk yang dibeli secara percuma.

Anda tidak akan rugi, malah aktiviti pembelian akan menjadi semakin rancak. Pelanggan pasti suka dengan tawaran istimewa yang anda lakukan.

No comments:

Post a Comment