Cuba baca sekejap apa yang saya ringkaskan ini.
Saya pernah gali satu telaga dengan tujuan untuk dapatkan sumber air. Apabila saya gali lebih kurang sedalam 7 kaki, mata air belum juga muncul. Badan sudah penat dan tekak sudah dahaga. Terlintas di fikiran saya, barangkali lubang ini tidak ada air.
Lalu saya pindah ke tempat lain dan menggali lagi. Dengan kedalaman lebih kurang 8 kaki, mata air masih juga tidak muncul. Badan saya sudah penat dan tekak saya semakin dahaga. terdetik di hati saya, barangkali lubang ini tidak ada mata air juga.
Lalu saya pindah ke tempat lain dan menggali lubang baru yang ke tiga. Dengan kedalaman lebih kurang 6 kaki, mata air masih juga tidak muncul. Badan saya sudah amat penat dan tekak saya semakin dahaga. lalu saya berhenti berehat.
Tiba-tiba terdetik di hati saya, alangkah untungnya saya, kalau saya kekal istiqanah menggali di lubang yang pertama, yang sudah dalam sedalam 7 kaki kemudian dicampur dengan kedalaman lubang kedua dan ketiga sedalam 8 kaki dan 6 kali. Sudah tentu saya memperolehi kedalaman 21 kaki. Kebarangkalian untuk mendapat mata air pada kedalaman ini adalah tinggi.
Saya mendapat pengajaran dari peristiwa ini bahawa, walaupun sesuatu perkara yang kita lakukan itu susah dan remeh tetapi kalau kita fokus dan istiqamah pada satu tugas dalam satu masa maka pasti berakhir dengan kejayaan.
Ringkasnya;
kekal istiqamah pada satu misi sehingga berjaya dan stabil. Jangan berbolak-balik.
No comments:
Post a Comment