Berbaktilah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapa kita, sementara mereka masih hidup. Kerana peluang untuk kumpul pahala yang banyak dengan mematuhi suruhan mereka dan memenuhi kehendak mereka adalah cara yang paling mudah.
Tambahan pula keredhaan dan suka mereka kepada kita adalah salah satu sebab untuk kita mendapat keredhaan Allah swt.
Peluang masih terbuka luas selagi mereka hidup.
Jangan sakiti hati mereka dengan perlakuan atau air muka kita yang seolah-olah tidak suka dengan kehadiran mereka di sisi kita.
Air muka kita yang tidak manis akan menyebabkan hati ibubapa kita akan sakit. Bila hati mereka sakit dengan perlakuan kita maka kemurkaan Allah swt akan mendatangi kita. Bila kemurkaan Allah swt akan mendatangi kita, maka kita akan semakin jauh dengan peluang untuk masuk syurga.
Rebutlah peluang untuk buat baik dengan ibubapa kita sementara mereka masih bernafas dan kita masih juga bernafas.
Tambahan pula, perlakuan kita akan mendapat balasan seperti itu daripada anak kita, apabila kita sudah tua pula.
Ziarahilah mereka sekerap yang mungkin.
Tanya mereka, kalau ada apa-apa keperluan yang mereka perlu, yang mungkin kita mampu untuk memenuhinya.
Berazamlah pada besok pagi, kalau kita masih bernafas, untuk menziarahi mereka. Jangan bertangguh. Kerana masa terus bergerak meninggalkan kita.
No comments:
Post a Comment