Saya hendak berkongsi satu pengalaman dari saya sendiri mengenai keracunan makanan dan penawarnya. Tujuan saya adalah untuk berkongsi satu pengetahuan mengenai penawarnya.
Pada malam Sabtu 27 Ogos 2011, saya telah berbuka puasa dengan beberapa menu, di antara menunya ialah sayur air cendawan. Setelah saya berbuka puasa dengan sayur air cendawan di samping menu lain, lebih kurang jam 1230 malam, perut saya terasa bisa-bisa dan segala sendi terasa sakit. Pada mulanya saya menyangka perut saya sakit kerana hendak buang air besar. Lalu saya ke tandas. Tetapi tidak pula hendak buang air besar. Saya cuba untuk tidur, tetapi bisanya sangat kuat dari dalam perut hingga ke usus, menghalang saya untuk melelapkan mata.
Saya mula mengesyaki bahawa saya telah mengalami keracunan makanan, besar kemungkinan dari sayur air cendawan. Kerana menu lain saya fikir tidak munasabah.
Saya teringat bahawa semasa saya baca dalam kitab agama ada menyebut bahawa susu adalah penawar bagi racun dan air zam zam pula ubat bagi segala penyakit, ia menyembuh mengikut apa yang diniatkan oleh peminum.
Saya teringat di dapur masih ada lagi sedikit air zam zam dan ada susu tepung. Lalu saya meminum air zam zam sambil membaca solawat dan diniatkan untuk menawarkan keracunan yang saya alami ini. Saya juga meminum dua cawan susu.
Setelah berlalu sekian masa yang agak lama saya cuba tidur. Saya hanya dapat tidur-tidur ayam.
Apabila tiba waktu sahur, saya tidak dapat bersahur. Lalu saya hanya minum dua gelas susu lagi.
Sekitar jam lima setengah pagi barulah perut saya rasa hendak buang air besar. Setelah selesai hajat itu, barulah bisa-bisa keracunan makanan mula reda.
Pengajaran
Jadi, di antara pengajaran yang saya belajar dari peristiwa ini ialah
1) setiap rumah sepatutnya mempunyai sejumlah tertentu air zam zam. Adakan walaupun sebotol sahaja.
2) Susu terbukti menjadi penawar bagi keracunan. Maksud susu di sini ialah tepung susu seperti tepung susu nespray, Dumex, Dugro dan sebagainya. Bukan, susu kerimer yang dibuat daripada isi kelapa sawit dan dibubuh gula pemanis.
3) Perlu memaksa supaya orang yang mengalami keracunan itu supaya membuang air besar, supaya racun yang ada dalam perut dan usus turut sama keluar bersama najis.
4) Jangan panik.
No comments:
Post a Comment