Kita(manusia) hidup di dunia ini
akan ada kesudahannya(tidak kekal).
Kesudahan yang diistilahkan
dengan MATI.
Selepas mati kita akan berada di
alam kubur(juga dipanggil alam Barzakh).
Di alam ini, kita akan diberi
pembalasan dengan apa yang telah kita buat semasa hidup di alam dunia. Kalau
kita buat baik maka akan dibalas dengan nikmat. Kalau kita buat jahat maka akan
dibalas dengan seksa.
Di alam barzakh ini kita kekal
dibalas sama ada dengan nikmat atau azab sehingga tibanya masa untuk berada di alam
akhirat pula.
Jadi, peluang untuk menikmati
kenikmatan di alam Barzakh adalah semasa kita tidak sampai ke waktu mati.
Iaitu berbuat baiklah sebanyak
mungkin dan semampu yang mungkin sebelum MATI.

No comments:
Post a Comment