Perhatikan dengan sepenuh tumpuan kepada semua gambar yang sungguh indah ini. Sungguh indah dunia ini. Sungguh hebat Allah swt yang menjadikan semua keindahan ini.
Kalaulah yang amat sedikit ini, amat indah dan damai. Tetapi akan musnah (kiamat) pada satu hari nanti. Cuba anda bandingkan dengan keindahan di alam syurga, yang tidak akan musnah. Bahkan kekal abadi selama-lamanya.
Sungguh tidak bijak kalau keindahan dunia yang amat sedikit dan akan musnah ini, kita bermati-matian berusaha untuk mendapatkannya.
Sedangkan kita tidak berminat untuk bermati-matian berusaha untuk memiliki keindahan yang amat banyak dan sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah terlintas di fikiran yang ada dalam syurga.
Ya Allah, Kurniakanlah kepada ku kekuatan untuk mentaati semua perintah Engkau. AMIN.
Untuk lihat dengan lebih jelas. Sila klik atas foto berkenaan.
No comments:
Post a Comment