24 July 2010

Seronok di dunia dengan seronok di akhirat

(Dikemaskini: 11 September 2011)
Kalau dibuat nisbah antara nikmat di dunia dengan nikmat di syurga, adalah 1 : 9.

Satu peratus nikmat dunia dan 9 peratus nikmat di dunia.

Kalau satu peratus nikmat di dunia sudah tidak dapat kita nak hitung atau jumlahkan maka betapa banyaknya nikmat di syurga. Bahkan nikmat di syurga sentiasa bertambah dan bertambah serta sentiasa berlain-lainan, tidak akan habis-habis  buat selama-lamanya.

Kalau begitu. Mengapa kita masih lagi beria-ia sangat hendak membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk mendapat 1 peratus nikmat dunia ini. Bukankah itu dikatakan tidak cerdik ? 


Tambahan pula, sifat dunia adalah seperti berikut :

1. Susah hendak dapat tapi senang hilang
2. Susah nak jaga tapi cepat rosak.
3. Ramai orang berebut hendak memiliki tetapi sedikit yang berjaya.
4. Apabila sudah berjaya memiliki tapi ramai orang yang cemburu.
5. Susah hendak jumpa tapi senang hilang
6. Senang dirosakkan tapi sulit untuk perbaiki
7. Susah hendak jaga tapi senang diabaikan.
8. Lambat siap tapi cepat musnah.

PERINGATAN UNTUK DIRI KU SENDIRI
Masa hidup di dunia adalah amat singkat. (Walau pun berbunyi lama seperti 60 tahun atau
100 tahun). Kerana ia tetap habis dan menemui penamat. Sedangkan hidup di alam akhirat kekal selama-lamanya. tidak ada kesudahan masa.

Jadi kalau kita mati dengan tiada iman, bermakna  kita akan mendiami neraka kekal selama-lamanya. Begitu juga kalau kita mendiami di dalam syurga bermakna kita hidup bahgia selama-lamanya. Yang mana satu kita nak pilih ?

No comments:

Post a Comment