24 July 2010

NIAT KERANA ALLAH SWT SAHAJA

Ku mulakan tulisan ku ini
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Didiklah, doronglah dan perbaikilah hati kita semua.

Perbaikilah hati kita semua, supaya apabila kita melakukan sesuatu yang diperintah oleh Allah swt, maka dilakukan dengan niat, semata-mata kerana Allah swt sahaja.

Ini kerana, semua usaha yang telah kita lakukan adalah sia-sia(tidak dinilai oleh Allah swt) jika kita mempunyai kepentingan yang lain dari Allah swt.

Janganlah kita berniat kerana hendak
1. mendapatkan pujian daripada manusia.
2. mendapatkan upah daripada manusia.
3. menjadi terkenal di sisi manusia.
4. menunjuk-nunjuk ilmu pengetahuan yang banyak.
5. mendapatkan kenaikan pangkat.
6. menunjukkan kita tahu semua bidang dan perkara.
7. mendapatkan kenaikkan gaji yang lebih banyak.
8. mendapatkan layanan yang istimewa daripada manusia.mendapatkan penghormatan yang besar daripada manusia.

No comments:

Post a Comment