Lebih
kurang 2 jam yang lalu, badan antarabangsa, World Health Organization (WHO)
telah mengisytiharkan Coronavirus sebagai wabak pandemik. Pandemik diambil dari
istilah Yunani. Pan bermaksud semua & Demos bermaksud orang.
Pandemik
adalah peringkat wabak yang kritikal & paling berisiko ke atas semua orang.
Bermaksud ia merupakan wabak yang tidak terkawal & merebak antara negara.
Bahkan ia berpotensi tersebar ke serata dunia.
⚫ Ingatan
Nabi.
Baginda
telah mengingatkan kita, antara gejala diambang berlakunya kiamat adalah
kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak.
ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الغَنَمِ
"Kemudian
berlakunya kematian besar-besaran yang membinasakan kamu semua seperti matinya
kambing" - hr Bukhari.
Ibnu
Faris menyatakan ia adalah penyakit yang menyerang dada hingga dirasakan
seperti hingga mematahkan tulang leher. Adapun Qadhi Abu 'Iyadh menjelaskan ia
adalah penyakit taun yang mematikan. Sementara Ibnu Athir berpandangan ia
adalah penyakit yang mematikan ramai orang, berlaku di banyak tempat.
Nabi
menggambarkan bencana wabak di ambang berlakunya kiamat, menyebabkan nyawa
manusia ibarat seperti kambing. Statistik kematian yang kian bertambah,
memperlihatkan nyawa manusia seakan-akan sudah kehilangan nilai.
⚫ Taun:
Pandemik.
Terdapat
beberapa riwayat hadith Nabi yang mengingatkan penularan wabak taun sebagai
sebahagian dari tanda hampirnya kiamat. Antaranya:
لم تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ في قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى
يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ
تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
"Tidak
zahir dosa kekejian sesebuah kaum sehingga mereka melakukannya secara
terang-terangan, melainkan akan merebak ke atas mereka penyakit taun &
kebuluran. Ia sama sekali belum pernah menimpa generasi terdahulu dari
mereka" - hr Ibnu Majah.
Dalam
hadith ini Nabi memberi ancaman ke atas masyarakat yang bangga melakukan dosa
secara terang-terangan. Mereka akan ditimpa bala berupa wabak penyakit &
kesusahan hidup.
Perkataan
'taun' di dalam Bahasa Arab merujuk kepada apa-apa wabak penyakit yang merebak
dengan pantas. Ia mengancam semua orang. Pantasnya ia merebak, hingga manusia
tidak sempat berubat melainkan hanya mampu mengambil langkah kuarantin sebagai
kaedah pencegahan.
Nabi
turut mengingatkan bahawa wabak yang ditimpakan itu datang dengan versi-versi
penyakit yang baharu. Ia belum pernah melanda generasi terdahulu.
⚫ Bertaubat
Di Waktu Cemas.
Sememangnya
Allah datangkan ujian yang dahsyat agar manusia merasa cemas lalu insaf kembali
kepada Allah. Bala merupakan desakan dari Allah untuk manusia segera bertaubat.
Allah berfirman:
وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ
أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ
يَدْعُنَا
"Dan
apabila manusia ditimpa bahaya, maka dia berdoa kepada Kami dalam keadaan
baring, duduk atau berdiri. Tetapi setelah Allah menghilangkan bahaya itu
daripadanya, dia kembali (lalai) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada
Kami" - Yunus 12.
⚫ Inisiatif.
Menyedari
penularan wabak COVID-19 yang telah dikategorikan sebagai pandemik, kita perlu
mematuhi segala arahan pencegahan dari pihak berwajib. Apa yang kita harapkan,
kerajaan peka di tahap tertinggi dengan perkembangan ini.
Nabi
telah mengemukakan kaedah kuarantin ketika menangani wabak berjangkit . Baginda
bersabda:
إذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأرْضٍ، فلاَ تَقْدمُوا
عَلَيْهِ، وإذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلا تخْرُجُوا فِرَارًا
مِنْهُ
"Apabila
kamu mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) di suatu tempat, maka janganlah
masuk ke dalamnya. Dan apabila kamu telah pun berada di tempat tersebut,
janganlah keluar darinya" - hr Bukhari & Muslim.
Wabak
berjangkit mudah merebak di tempat-tempat berkumpulnya manusia, termasuklah
masjid. Perbanyakkanlah doa agar Allah merahmati kita & segera mengangkat
bala ini.
Abdul
Mu'izz Muhammad
12 Mac 2020.
12 Mac 2020.
#Tracubo
#SabriIbrahimZKM