Redhalah semua yang telah terkena pada diri anda. Yang terkena itu sama ada yang anda suka atau yang anda benci. Kenapakah mesti berfikiran begini ?
Anda mesti berfikiran begini kerana semuanya daripada Allah swt. Tidak ada satu pun berlaku dengan sendiri melainkan semua daripada Allah swt.
Apabila semuanya dari Allah swt maka kita berkeyakinan bahawa semuanya ada mempunyai hikmah dan rahsianya yang tersendiri. Akal manusia tidak dapat memahami hakikat sesuatu yang berlaku. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui, hakikat sesuatu.
Maha suci Allah swt dari melakukan sesuatu dengan sia-sia. Semuanya ada faedah dan ada gunanya. Hanya akal kita yang lemah tidak dapat memahami hakikat sesuatu dengan sehalus-halusnya.
Jadi, kepada yang terkena sesuatu yang tidak disukainya, maka hendaklah bertenang, dan cuba berfikir secara waras bahwa sudah tentu yang terkena pada diri kita itu ada kebaikkannya.
Mungkin kebaikkanya akan kita nikmati di dunia atau mungkin akan kita nikmati di akhirat kelak. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment